Oh....Artinya Lapis to ternyata.
Di rekomendasikan kawan wat nonton film ini. Judulnya & petala cinta. Awalnya aku penasaran dengan makna petala. So, ku tanyakan deh sama uncle google dan ternyata artinya adalah,,,deng deng deng,,,"Lapis"
Waw,,,cukup Amazing jalan ceritanya. Semua dugaan ku meleset dalam setiap scene_nya (memang gak ahli sih,,he). Tapi biasanya cukup mudah ditebak film-film yang sering ku tonton. untuk jalan ceritanya kalian xari sendiri z ya,,,di zamin perlu banyak bungkus tissue deh wat nyeka air mata,,,lebay ya,,he.
Ini film dari negeri Malaysia. ok deh ne sedikit informasinya yang ku brows dari http://cthoney.blogspot.com/2011/07/sinopsis-filem-7-petala-cinta.html
Ulasan
So,,,sampai situ za ya infonya,,he
Penasaran,,,Watch it yourself. Okay,,,c ya,,,!
Waw,,,cukup Amazing jalan ceritanya. Semua dugaan ku meleset dalam setiap scene_nya (memang gak ahli sih,,he). Tapi biasanya cukup mudah ditebak film-film yang sering ku tonton. untuk jalan ceritanya kalian xari sendiri z ya,,,di zamin perlu banyak bungkus tissue deh wat nyeka air mata,,,lebay ya,,he.
Ini film dari negeri Malaysia. ok deh ne sedikit informasinya yang ku brows dari http://cthoney.blogspot.com/2011/07/sinopsis-filem-7-petala-cinta.html
Ulasan
7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang
digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures
mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam
institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain
berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7
Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang
terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut
memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.
Poster Filem 7 Petala Cinta |
Sinopsis Filem 7 Petala Cinta
Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan
dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut
ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen
untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir)
adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun
sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya
sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.
Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar
selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik.
Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar
(Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz
Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam
perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang
wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja
yang melanda.
Ulasan Lanjut Daripada Kosmo
FILEM 7 Petala Cinta sememangnya sebuah naskhah keagamaan berbeza
yang pernah ditayangkan di layar perak sebelum ini. Kebanyakan babak
dalam filem arahan Azhari Zain ini menampilkan kesenian halus Islam yang
jarang ditonjolkan dalam mana-mana filem tempatan bergenre sama sebelum
ini.
Sebagai pelakon dalam filem sebegini, Aeril Zafrel, Shima Anuar, Diana
Amir dan Fizo Omar perlu lebih berhati-hati kerana penambahan skrip,
khususnya dialog bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
Bagi mereka juga, ia bukan merupakan sebuah filem berat, namun kerana
kehalusan Islam yang ditonjolkan dalam filem ini, mereka perlu menjaga
segala hal dalam lakonan yang ingin dipersembahkan.
Apa yang menariknya, bagi keempat-empat pelakon muda ini, berlakon dalam
7 Petala Cinta merupakan pengalaman pertama mereka memegang watak
sebagai orang yang warak dan tinggi ilmu agama.
Menerusi filem ini juga, banyak yang mereka pelajari tentang ilmu agama yang mana sebelum ini mereka mungkin jahil tentangnya.
Hilma Aqila ubah Diana
Menurut Diana Amir yang memegang watak Hilma Aqila dalam filem ini, watak ini merupakan salah satu sebab dia dia kini bertudung.
“Ini merupakan filem pertama menampilkan Diana bertudung walaupun ketika
itu di alam realiti saya masih belum bertudung. Keistimewaan filem ini
adalah ia memberi kelebihan kepada Diana untuk berubah. Semasa
penggambaran filem ini, saya rasa terbuka hati untuk berhijrah diri.
“Ini kerana selama sebulan dan sepanjang penggambaran, hari-hari saya
memakai tudung walaupun di luar set untuk lebih menjiwai watak. Diana
akui, filem ini memang salah satu sebab untuk Diana berubah,” ungkapnya
semasa majlis pratonton 7 Petala Cinta di MBO, Subang Parade, Subang
Jaya, Selangor baru-baru ini.
Ujar Diana lagi, filem ini membawa perubahan baik terhadap dirinya dan
dia mula berasa segan dengan diri sendiri kerana tahu di mana tahap
dirinya ketika itu.
So,,,sampai situ za ya infonya,,he
Penasaran,,,Watch it yourself. Okay,,,c ya,,,!
Comments
Post a Comment
Terimakasih sudah berkunjung dan meninggalkan pesan